Wednesday, September 2, 2009

Exchange Basis, Emas Ditukar Enggau Kelasau!



Idris Jala angkat sumpah menteri
Sep 2, 09 12:21pm



Bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Senator Datuk Seri Idris Jala, hari ini mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Istiadat itu berlangsung di Bilik Singgahsana Pelantikan, Istana Negara, sehari selepas Idris mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara.Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng dan beberapa menteri kabinet.Idris melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Idris, 51, juga dilantik ketua pegawai eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang baru diwujudkan.


Sebagai CEO Pemandu, organisasi yang akan mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI), Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Koh Tsu Koon, menteri di JPM yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi. BERNAMA


Kasih Endar Ucu aku tu, Tak dikemeli ka menteri BN.

Diatu udah nyadi ulun MCA.

No comments:

Post a Comment